Thursday, January 7, 2010

2010 Cemerlang


Tahun 2010 adalah tahun cemerlang untuk melakukan sebarang perkara. Dengan berkat azam yg tinggi, mana2 makhluk spt manusia, binatang, jin dan syaitan boleh menabik dada membina isyarat baru dlm kehidupan masing2. Jd apa yg perlu anda lakukan pd awal2 tahun ni adalah sentiasa senyum, terus senyum dan......................................... terus senyum jer .

Thursday, November 19, 2009

JOM!!! Kenduri


Pada tanggal 30 November 2009, salah seorang dari penulis blog ini iaitu Redzuwan akan di ijabkabulkan bersama pasangannya iaitu Siti di sebuah masjid bertempat di Daerah Kubang pasu, Kedah. Setelah 2 tahun bercinta, akhirnya pasangan ini akan sah sebagai suami isteri. Majlis kenduri akan diadakan selama 2 hari iaitu hari pertama bertempat di changloon, kedah pd 30 November 2009, manakala hari kedua pd 1 Disember 2009 bertempat di kg pmtg bongor, Perlis.

Bagaimana pasangan ini bertemu? sebenarnya Redzuwan mula berjumpa siti buat pertama kalinya di sebuah institut perguruan di negeri Perlis. Dengan berbekalkan semangat yg mendalam, Redzuwan mula mendekati Siti dan seterusnya melahirkan rasa cinta yg dimiliki. Dengan kedua2nya mempunyai keyakinan dlm hubungan yg dibina, maka redzuwan melahirkan hasrat yg lebih serius iaitu untuk mengahwini siti.

Siti yg memiliki keyakinan yg tinggi seterusnya membawa redzuwan bertemu kedua ibu bapanya. Dengan hasrat yg menggunung, redzuwan berjumpa ibubapa siti seterusnya menyampaikan hasrat yg terpendam.. "Jodoh kalu baik akan dipermudahkan" merupakan satu ungkapan yg setiasa diingati redzuwan apabila ingin memiliki seseorang sbg teman hidup.. Jd sememangnye, tidak ada perkara yg meberati atau menyusahkan pabila ingin mengahwini siti... Alhamdulillah ..... apapun selamat pengantin baru... hehe (",)

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari raya tahun ni dijangka disambut dengan kekurangan budget bagi para guru2 akibat tidak mdpt bonus... bonus hya dberi pd penjawat awam bagi staff sokongan sahaja.... biasalah hdup d dunia ni gaji tak pernah cukup... kalau gaji besar, hutang pun besar... apapun bjimat satu langkah yang tbaik raya nie.... huuhuhuhu....

Friday, July 17, 2009

PERKHEMAHAN AGUNG SMK BALUNG

Tahun 2009 adalah tahun indah di mana aktiviti perkhemahan agung yang menghimpunkan unit-unit beruniform sekolah telah diadakan dengan jayanya tanpa sebarang kompromi atau hujan asid.....

Pelbagai aktiviti antara pasukan beruniform diadakan termasuk lari berhalangan, buat gajet, kawad dan banyak lagi... pertandingan laga ayam dan lumba kura-kura tidak diadakan kali ini disebabkan ayam dan kura-kura mahal harganya sekarang kalau nak beli.

pelbagai jenis khemah dapat disaksikan di padang sekolah tapak program, antaranya khemah warna kuning dan lain-lain kecuali khemah mayat sebab tiada yang mati time tu.


Cikgu-cikgu yang manis dapat dilihat begitu serius melihat tanah-tanah padang yang dipijak oleh pelajar.


Sesi penggambaran diadakan pada akhir program.


HIDUP MALAYSIA!!!!!!!!





Wednesday, May 20, 2009

Sebelum Tua Apa Nak Buat

Di sini, Dr R telah catatkan beberapa persediaan sebelum korang yang mcm pelesit tu menghadapi hari tua anda yang mungkin tak guna tu.


1) Bila bekerja biarlah di mana pun asalkan dapat duit yang halal, susah sangat ko mintak je sedekah lebih baik dari mencuri
2) bila bekerja biar lah bersungguh walau tanggung pisang di kepala anda
3) bila kerja jangan menggatal atau mengada-ngada
4) bila kerja jangan lupa ingat keluarga anda


5) bila kerja jangan lupa ingat mati


6) bila kat kubur jangan ganggu orang lain hehehe.....

Gerak Kerja Cemerlang



Kalau tidak tahu jangan malas bertanya orang



Bila mesyuarat sentiasa memberi senyuman walau rasa menyampah


Bila tengok sesuatu biar ramai-ramai




Bila duduk dekat koridor jangan lupa kenang-kenangkan masa silam anda yang jahat itu



Bila orang bertanya bagi post yang menarik dahulu





Dalam mesyuarat jangan lupa mencatat walau ada hantu yg berjalan di belakang anda



Bila dalam bilik mesyuarat jangan lupa tengok kertas agendanya dahulu





Akhirnya, jangan membuat muka masam walu di mana berada he...... :-)




Monday, May 18, 2009

Temubual Sempena Hari Guru



Suatu hari, Dr R telah menemubual tiga orang bangsat yang tidak diketahui asal usulnya di tepi jalan raya;


Dr R : Assalamualaikum bangsat sekalian.

Bangsat 1 : Celaka panggil orang bangsat, tak lama lah hidup mamat ni.... aku terajang baru tau.

Bangsat 2 : Wasallam.. cantik betul bahasa ko ye.
Bangsat 3 : Wassalam.. :-) kenapa ye

Dr R : hehehe.... Aku nak tanya koranglah berkaitan guru ni.. apa ko pikir tentang keja guru nie?

Bangsat 1 : celaka ko nie! cikgu kerja gaji murah bukan macam doktor atau peguam.. guru sekarang nie sikit-sikit nyeksa pelajar.. memang padanlah kena saman.. ajar sikit guru nie langit tinggi ke rendah..

Bangsat 2 : Guru ke? bagus ler kejanya.. didik budak2.. banyak pengalaman saya budak2 dulu dengan org bergelar guru nie..

Bangsat 3 : Guru kerja yang mulia... saya menyanjungi org yang bergelar guru nie..

Dr R : ok.. apa pengalaman menarik korang dengan guru sewaktu sekolah dulu?

Bangsat 1 : pengalaman menarik banyak.. paling best waktu aku ditangkap merokok kat sekolah.. cikgu panggil mak bapak aku datang sekolah... bapak aku punya la backing aku tak terlibat.. bapak aku maki hamun guru tu... hehehe.. pada muka ambik tahu sangat hal org.. aku tengok cikgu celaka tu merah mukanya kena marah ngan bapak aku ... haha padan muka..

Bangsat 2 : pengalaman menarik banyak.. salah satu dulu saya pernah dipukul oleh cikgu sebab tak wat keje umah ... saya geram balik bagitau bapak kat umah.. apa lagi bapak marah saya pulak.. dapat lagi pukulan penyapu kat rumah... hehehe.. lawak lah..

Bangsat 3 : saya paling ingat dengan kata-kata guru saya dulu ... belajar betul2 dan jadi orang yang baik.. saya ikut cakap cikgu saya dulu.. saya memang tiada masalah disiplin dulu.. ok je..

Dr R : so, apa kata-kata guru yang paling anda ingat waktu dulu?

Bangsat 1 : banyak.. ada pulak cikgu kata malas sebab takwat keja umah.. aku wat derk je lah.. kadang2 aku lawan jer ckp mereka... apanya tidak.. nak wat apa pun salah.. tension aku!!! time aku geram aku pancitkan saje tayar keta mereka hahahaa...... seronok aku ngan member tengok cikgu berlagak tu pening kepala tayar keta pancit hahaha....
Bangsat 2 : kata-kata paling best dari cikgu dulu... belajar betul-betul.. siapa lagi nak ubah diri kita kalu bukan diri sendiri.. saya nakal lah jugak sikit2 dulu.. tapi saya memang belajar betul2 nak ubah diri saya.. saya menerima cabaran guru.. kadang2 bagi saya, kalau cikgu tak merotan saya dulu.. saya mungkin tak jadi pandai dan belajar betul2... he.. bagus cikgu nie..

Bangsat 3 : Kata-kata guru yang paling saya ingat adalah.. ilmu mestilah dituntut sampai mati.. ilmu tak pernah habis.. cetek lagi manusia nie ilmunya walau seorang doktor.. ilmu ibarat lautan yang tak pernah habis... saya suka mendengarnya.....

Dr R : yeke!!! oklah bangsat2 sekalian... sebelum aku nak belah nie.. apa keje korang sekarang nie?

Bangsat 1 : hehehe... aku wak keje macam2.. kadang ada duit kadang2 sengket gak hehehe..

Bangsat 2 : saya ke? mmmm.. saya sebenarnya pengurus ladang kelapa sawit dekat Sabah.. :-)
biasa2 je ... kamu tiada keja boleh jumpa saya.. insyallah kalu boleh bantu saya bantu..

Bangsat 3 : saya seorang ustaz dekat pusat Tahfiz... :-) boleh jumpa saya dekat surau selalu kalau nak berbual lagi..

Dr R terkedu, seterusnya berlari dengan laju balik ke umah... dalam hati Dr R, alamak!! aku cakap kurang ajar ngan orang kaya dan ustaz.. ingatkan mamat2 tak guna tadi..