Thursday, April 30, 2009

Hantu in Tawau



Rabu-30 April, Gempar penemuan seekor hantu di bilik gerakan sebuah sekolah menengah di Tawau, Sabah , menjadi bualan hangat di kalangan pelajar, guru , kerani dan penjual-penjual nasi kuning di Flat Taman Seri Balung. Dikatakan hantu yang mendapat jolokan pochong atau nama saintifiknya 'Hantu al Bungkus" merayap-rayap di bilik gerakan sekolah tersebut. Seorang guru yang dikenali dengan panggilan manjanya iaitu Redzuwan Bin hashim telah mengakui bertemu dan berbual dengan hantu tersebut. Hantu itu dikenalpasti ingin mencari tali pengikat kakinya yang hilang berdekatan bilik gerakan tersebut.

Redzuwan telah membeli tali pengikat kaki yang baru di Toko Sentosa kepada hantu tersebut setelah tali pengikat kai lamanya gagal dijumpai. Kejadian tersebut telah memberi contoh yang besar bahawa alam manusia dan alam ghaib perlu bekerjasama dalam semua segi dalam memakmurkan negara Malaysia yang tercinta ini. One Malaysia untuk semua- reuters

Chelsea mampu juarai Liga Juara-Juara Eropah versi 2009


Rabu-30 April, Chelsea dijangka mampu menjuarai liga juara-juara eropah edisi 2009 dengan berjaya mengekang Barcelona daripada menjaringkan gol pada perlawanan pertama separuh akhir di Noucamp. Dengan kehadiran jurulatih sementara Guss Hiddink, skuad chelsea dilihat bersemangat kental mengekang asakan bertali arus 3 penyerang utama Barca yang diketuai Leonel Messi, Samuel Eto'o dan Theary Henry.
Dijangkakan Chelsea akan melakarkan kemenangan yang dramatik di Stamford Bridge ke atas Barca yang tanpa yonggak ampuhnya Puyol yang dilayangkan kad kuning kedua. Chelsea dijangka bertemu Manchester United pada perlawanan akhir di Rome, Italy. Misi membalas dendam Chelsea ke atas seteru liga Inggeris pada kali kedua perlawanan akhir akan menghangatkan lagi kejohanan ini. Go for Chelsea...... hehehee

Kasih dari Dua Negeri




Percintaan yang terjalin antara dua pasangan romantis, iaitu redzuwan dan siti aminah dijangka akan tumbuh mekar serinya apabila ijab kabul keduanya dijangka dilangsungkan hujung tahun ni. Hantaran kahwin yang bernilai hampir RM10 ribu dijangka akan dipersembahkan oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan.



Dengan iringan lagu " kasih daku hanya pada dinda, yang ku puja-puja oh dinda......manja....... hehe :-)


MulutLazer Hari Ini



30 april 2009-Tawau ke Miri, seorang guru dari Tawau yang berasal dari Perlis dikatakan menyukai seorang gadis yang berada di Miri Sarawak. Guru lelaki yang diberi jolokan "the excellent of perlis atau 'iwan pmtg bongor" setiap hari menghabiskan masanya bermain sms dengan si gadis yang dikenali dengan nama Siti Aminah.....


Dengar khabar mereka akan berkahwin hujung tahun ni... untuk mendengar tips2 percintaan mereka, sila emel kan pertanyaan anda ke redzuwanhashim@yahoo.com atau layari http://tongderom.blogspot.com/ - reporter Tanpa Nama