Wednesday, May 20, 2009

Sebelum Tua Apa Nak Buat

Di sini, Dr R telah catatkan beberapa persediaan sebelum korang yang mcm pelesit tu menghadapi hari tua anda yang mungkin tak guna tu.


1) Bila bekerja biarlah di mana pun asalkan dapat duit yang halal, susah sangat ko mintak je sedekah lebih baik dari mencuri
2) bila bekerja biar lah bersungguh walau tanggung pisang di kepala anda
3) bila kerja jangan menggatal atau mengada-ngada
4) bila kerja jangan lupa ingat keluarga anda


5) bila kerja jangan lupa ingat mati


6) bila kat kubur jangan ganggu orang lain hehehe.....

Gerak Kerja Cemerlang



Kalau tidak tahu jangan malas bertanya orang



Bila mesyuarat sentiasa memberi senyuman walau rasa menyampah


Bila tengok sesuatu biar ramai-ramai




Bila duduk dekat koridor jangan lupa kenang-kenangkan masa silam anda yang jahat itu



Bila orang bertanya bagi post yang menarik dahulu





Dalam mesyuarat jangan lupa mencatat walau ada hantu yg berjalan di belakang anda



Bila dalam bilik mesyuarat jangan lupa tengok kertas agendanya dahulu





Akhirnya, jangan membuat muka masam walu di mana berada he...... :-)




Monday, May 18, 2009

Temubual Sempena Hari Guru



Suatu hari, Dr R telah menemubual tiga orang bangsat yang tidak diketahui asal usulnya di tepi jalan raya;


Dr R : Assalamualaikum bangsat sekalian.

Bangsat 1 : Celaka panggil orang bangsat, tak lama lah hidup mamat ni.... aku terajang baru tau.

Bangsat 2 : Wasallam.. cantik betul bahasa ko ye.
Bangsat 3 : Wassalam.. :-) kenapa ye

Dr R : hehehe.... Aku nak tanya koranglah berkaitan guru ni.. apa ko pikir tentang keja guru nie?

Bangsat 1 : celaka ko nie! cikgu kerja gaji murah bukan macam doktor atau peguam.. guru sekarang nie sikit-sikit nyeksa pelajar.. memang padanlah kena saman.. ajar sikit guru nie langit tinggi ke rendah..

Bangsat 2 : Guru ke? bagus ler kejanya.. didik budak2.. banyak pengalaman saya budak2 dulu dengan org bergelar guru nie..

Bangsat 3 : Guru kerja yang mulia... saya menyanjungi org yang bergelar guru nie..

Dr R : ok.. apa pengalaman menarik korang dengan guru sewaktu sekolah dulu?

Bangsat 1 : pengalaman menarik banyak.. paling best waktu aku ditangkap merokok kat sekolah.. cikgu panggil mak bapak aku datang sekolah... bapak aku punya la backing aku tak terlibat.. bapak aku maki hamun guru tu... hehehe.. pada muka ambik tahu sangat hal org.. aku tengok cikgu celaka tu merah mukanya kena marah ngan bapak aku ... haha padan muka..

Bangsat 2 : pengalaman menarik banyak.. salah satu dulu saya pernah dipukul oleh cikgu sebab tak wat keje umah ... saya geram balik bagitau bapak kat umah.. apa lagi bapak marah saya pulak.. dapat lagi pukulan penyapu kat rumah... hehehe.. lawak lah..

Bangsat 3 : saya paling ingat dengan kata-kata guru saya dulu ... belajar betul2 dan jadi orang yang baik.. saya ikut cakap cikgu saya dulu.. saya memang tiada masalah disiplin dulu.. ok je..

Dr R : so, apa kata-kata guru yang paling anda ingat waktu dulu?

Bangsat 1 : banyak.. ada pulak cikgu kata malas sebab takwat keja umah.. aku wat derk je lah.. kadang2 aku lawan jer ckp mereka... apanya tidak.. nak wat apa pun salah.. tension aku!!! time aku geram aku pancitkan saje tayar keta mereka hahahaa...... seronok aku ngan member tengok cikgu berlagak tu pening kepala tayar keta pancit hahaha....
Bangsat 2 : kata-kata paling best dari cikgu dulu... belajar betul-betul.. siapa lagi nak ubah diri kita kalu bukan diri sendiri.. saya nakal lah jugak sikit2 dulu.. tapi saya memang belajar betul2 nak ubah diri saya.. saya menerima cabaran guru.. kadang2 bagi saya, kalau cikgu tak merotan saya dulu.. saya mungkin tak jadi pandai dan belajar betul2... he.. bagus cikgu nie..

Bangsat 3 : Kata-kata guru yang paling saya ingat adalah.. ilmu mestilah dituntut sampai mati.. ilmu tak pernah habis.. cetek lagi manusia nie ilmunya walau seorang doktor.. ilmu ibarat lautan yang tak pernah habis... saya suka mendengarnya.....

Dr R : yeke!!! oklah bangsat2 sekalian... sebelum aku nak belah nie.. apa keje korang sekarang nie?

Bangsat 1 : hehehe... aku wak keje macam2.. kadang ada duit kadang2 sengket gak hehehe..

Bangsat 2 : saya ke? mmmm.. saya sebenarnya pengurus ladang kelapa sawit dekat Sabah.. :-)
biasa2 je ... kamu tiada keja boleh jumpa saya.. insyallah kalu boleh bantu saya bantu..

Bangsat 3 : saya seorang ustaz dekat pusat Tahfiz... :-) boleh jumpa saya dekat surau selalu kalau nak berbual lagi..

Dr R terkedu, seterusnya berlari dengan laju balik ke umah... dalam hati Dr R, alamak!! aku cakap kurang ajar ngan orang kaya dan ustaz.. ingatkan mamat2 tak guna tadi..

Selamat Hari Guru

Guru adalah pembentuk masyarakat alaf ini,
membentuk kain putih kepada kain yang berwarna dan menarik.

Guru menghabiskan saban waktu berfikir tentang pelajarnya,
mencari jalan untuk membuka minda pelajarnya,
adakah itu salah?

Guru tidak pernah memikirkan wang semata-mata,
kalau wang menjadi ukuran,
adakah adil sepenuh masa memikirkan masalah orang lain dari masalah diri?



Kadang-kadang terpaksa menghukum untuk menegakkan salah pada pelajar,
kadang-kadang terguris hati memikirkan pelajar yang salah laluannya,
bagaimanakah menjadikan pelajar itu baik sedangkan menghukum pun salah?


Guru ceria sentiasa di depan pelajar,
mengharapkan pelajar gembira dengan cara pengajarannya,
walaupun kadang-kadang diambil kesempatan... tapi
tegar peribadi seorang guru........



selamat hari guru........... :-)

layan jer....

Sunday, May 10, 2009

Babi dan Penyakit

oleh RedzuwanSekarang dunia telah dilanda dengan penyakit H1N1 iaitu sindrom selsema yang berasal dari binatang haram keturunan babi. Mengapa babi itu haram? itu lah puncanya... kebanyakan penyakit kronik datang dari unsur babi. Tetapi masih ramai lagi manusia yg mempertahankan babi sebagai sumber ekonomi dan makanan yang lazat. Ada manusia yg menjadikan babi sbg binatang belaan spt kucing jugak. Penyakit selsema babi ini boleh menyebabkan selsema yang berpanjangan yang boleh menyebabkan sesak nafas, hingga membuatkan manusia nampak lubang kubur je.
Banyak lagi penyakit kronik yang berasal dari babi, iaitu penyakit chikukunya yang jugak boleh mendatang mampus yang mengejut. Masih lagi manusia2 yang berkuturunan jahanam ini, mengatakan babi itu bagus. Apa nak jadi dengan dunia ini? babi hanya sesuai di hutan sebagai teman iblis dan setan, bukan untuk dibela dan dijual dagingnya secara banyak. Jika beratus ekor dalam kandang, mestilah banyak pakai bahan untuk jagaan dia, seterusnya campur2 bahan hasil lah pulak penyakit mampus ni. Menurut pandangan Dr R, babi hanya sesuai di hutan, bukan dibuat kawan atau dibela hingga beratus ekor. - reuters

Friday, May 8, 2009

Anda Suka Menangis?

oleh Redzuwan

Setiap manusia atau pokok keladi di dunia ini akan menangis bila sesuatu pekara berlaku ke atas mereka. Apakah pekara yang menyebabkan anda menangis??? adakah kerana nenek anda terlupa tutup pintu jamban sewaktu dia berak atau disebabkan lembu yang anda jumpa memekit nama anda..... leha! leha! zaleha! tak mungkin. Menurut teori Dr R, nangis di istilahkan sebagai air yang terpancut dari biji mata anda yang mcm ikan itu. Orang boleh menangis jika nenek mereka mati terkejut depan TV sewaktu menonton rancangan memasak atau orang itu akan menangis jugak, sekiranya nenek yang telah ditanam di kubur bangun, dan mengeluarkan suara HAI!!!!. Mustahilkan?

Berdasarkan penulisan buku yang berjudul 'Satan in Toilet' yang ditulis oleh Dr R, tangisan boleh dihasilkan sekiranya manusia rasa sedih atau takut. Sedih tak dapat tengok citer hindi di rumah kak leha atau takut disebabkan pelesit melolong minta RM1 dari anda.

Bagaimana anda nak menghilangkan rasa sedih anda? Menurut pandangan Dr R, sekiranya anda rasa nak menangis, anda dimintak mencari hantu raya mintak nombor ekor dari mereka atau mencari manusia-manusia bersifat pelesit seperti gambar yang diberikan- reuters

Wednesday, May 6, 2009

Nak Hilang Stress



oleh Redzuwan

Umumnya di negara kita, ramai orang yang suka stress tak tentu pasal, mungkin akibat daripada kucing yang dipelihara berak dalam umah, anak terkencing masuk dalam mulut anda atau mungkin akibat nenek anda yang tua kerepot itu gatal nak kahwin lagi. Akibat daripada stress yang tentu pasal, anda yang sanggup minum kopi sampai 3 cawan dan ada jugak yang sanggup duduk di jamban tengok tahi sendiri sampai berjam jam. Menurut Dr R, stress boleh dikenalpasti tanda-tanda kedatangannya sekiranya, mata anda sentiasa nampak lubang kubur je atau kaki anda terasa macam nak tunjal jer cicak-cicak yang sedang bersandiwara di rumah anda. Jangan biarkan diri anda stress tak tentu pasal, buruk padahnya.
Mengikut teori Dr R, hanya ada dua cara untuk menangani stress dalam jiwa anda, yang pertama anda disuruh mencari pelesit (bentuk jelmaan belalang kunyit) atau hantu raya untuk berdamping dengan diri anda, dan yang kedua, anda digalakkan membuat mimik muka yang pelbagai apabila berjumpa dengan lembu atau cacing - reuters.




Tuesday, May 5, 2009

Cerita Tentang Kekasih

oleh redzuwan


wahai adindaku yang cantik rupawan

wajahmu ayu seperti rang bulan

dengan dirimu ku sanggup ke hutan

mencari bunga penghias laman


adindaku siti aminah yang bijak bistari

suaramu ayu seperti perindu

nekad di hati ingin ke miri

mengajak dirimu makan budu


cinta hatiku padamu dik minah

kubelikan dirimu hadiah bertuah

bukannya terhebat tetapi amat seragah

hanya untukmu wahai dik minah...... hehehe :-)


Sunday, May 3, 2009

Rawat Pinggang Pakai Kangkung?

Oleh Dukun Mulutlazer Aminah


Sejumlah manusia atau binatang, mengalami sakit pinggang yang amat sangat, mungkin disebabkan selalu mencakung apabila membasuh baju atau menonton TV sambil mencakung. Ayam pun ada yang mengalami sakit pinggang yang menyebabkan ia berak kapur je setiap hari. Tapi adakah anda tahu ada sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang yang menyebabkan anda ingin berjoget jer setiap malam? Jawapannya ada!


Kangkung merupakan sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang. Disamping anda menggunakan kangkung untuk diberi pada arnab atau untuk digoreng bersama belacan sebagai santapan malam anda dan nenek anda yang tiga suku itu, ia merupakan sejenis bahan perubatan tradisional yang senang dicari dan boleh juga dibeli dari pak mat hidung kerbau, alah yang jual sayur dan ikan kat pasar tu. Kadang-kadang ada jugak pokok kangkung yang tumbuh meliar di belakang jamban anda di kampung. So, jeling-jelinglah mata anda yang liar seperti pelesit itu ke belakang jamban anda ye.
Cara merawat sakit pinggang menggunakan kangkung senang je, anda jadikan kangkung sebagai tali pinggang anda sewaktu tidur atau sewaktu pergi kerja. Kangkung jugak boleh diikat seperti Rambo di kepala untuk mengelakkan pening, akibat terlalu sibuk menjaga tepi kain orang. Apapun, sekiranya sakit pinggang anda berlarutan hingga mata anda nampak lubang kubur je, dapatkan rawatan doktor di hospital atau cari saja tok imam untuk baca yassin jer dekat anda.

Merusuh Macam Lembu


Oleh Redzuwan


Saban hari dilihat perbuatan merusuh dikalangan masyarakat dunia, dijadikan satu perbuatan lembu bersifat pelesit untuk memporak perandakan sesebuah Negara. Tidak kira lah, mungkin kes anak berak di rumah jiran ke atau kes pembuangan kucing yang bersifat syaitan ke restoran mamak. Akibat pekara-pekara ini, manusia atau makhluk yang bertamadun, yang dikatakan sentiasa memakai spender walau dimana mereka pergi, sanggup merusuh demi kepentingan diri,nenek dan suku sakat mereka yang tak guna seposen itu.

Tapi adakah anda tahu perbuatan merusuh itu seperti kawanan lembu yang bertempiaran lari akibat nampak pelesit. Habis pokok dan nenek yang sedang mandi sungai ditanduknya. Sedangkan nenek yang mandi bogel dekat sungai itu tidak bersalah dan akhirnya jadi bangkai saja nenek tua yang kering itu. Tidakkah anda kesian? Hanya syaitan je yang tak kesian.
Sebenarnya setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik. Menurut pandangan Dr R dalam bukunya yang bertajuk “Satan in Toilet”, merusuh adalah satu pendekatan yang terakhir apabila nenek dan anak-anak kita dah jadi bangkai akibat perbuatan seseorang. Oleh itu, jika Tauke Kedai mamak meletak lipas dalam capati kita, apa yang perlu anda buat ialah jumpa dia dan bersembanglah macam lembu dan kerbau. Kalau tauke mamak taknak ganti capati baru, anda beri notis 24jam dekat dia , akhirnya pasti tauke mamak yang hina itu akan bagi capati baru. Tidak perlulah mengajak jiran dan nenek yang tunggu masa untuk mampus itu untuk merusuh kerana sekeping capati mamak tersebut. Silap-silap, kerana merusuh, penjual karipap tepi jalan pun mati kering kerana karipap tak laku dan akhirnya binatang pulak yang terpaksa mengawal negara kerana manusia tak pandai urus.

Saturday, May 2, 2009

Nak Kenal syaitan?

Oleh Redzuwan


Anda nak mengenali syaitan? Apa itu syaitan? Adakah ia seperti penjual kuih karipap yang terlupa masuk garam dalam intinya atau syaitan ialah lembu yang suka berak di merata tempat tanpa segan silu. Tak mungkin! Menurut Dr R, syaitan dikategorikan sebagai perangai macam pelesit sesuatu makhluk tak kiralah ia perangai manusia, jin atau sekawan lembu yang saling mengenyit mata antara satu sama lain.

Perangai syaitan adalah perangai yang tak guna seposen pun. Menurut Dr R, kalau dia melihat kucing yang berperangai syaitan, kalau boleh nak ditunjal-tunjalnya sampai keluar tahi. Menurut Penulisan ilmiah pulak yang bertajuk "Satan in Toilet" yang ditulis Dr R, perangai yang bersifat syaitan ini memang mendatangkan mudarat seperti memasak maggie di dalam baldi. Sedangkan diketahui bahawa baldi itu tempat menyimpan pakaian-pakaian yang tidak berbasuh seperti spender, boleh lagi ia dijadikan tempat menyimpan makanan sesedap maggie kari cap nenek hilang gigi. Selepas itu diajak pulak nenek, paksu dan mat bangla makan sekali. Adakah patut! Oleh itu perangai yang tidak guna ini sepatutnya tidak wujud dikalangan manusia yang dikatakan bertamadun, yang sentiasa memakai seluar dalam walau di mana mereka pergi, tidak seperti lembu yang suka berbogel tanpa usul periksa.Menurut Dr R, beberapa kaedah untuk menghilangkan syaitan di dunia ini. Yang pertama, jika anda melihat mat dadah yang baring-baring seperti berkhelah di tepi air terjun, anda patut menjentik sahaja telinganya. Yang kedua, sentiasa mengambil udara segar di waktu petang berdekatan longgokkan sampah sarap yang penuh lalat-lalat hijau atau lalat tahi, dan yang terakhir sekali jadilah seperti monyet yang suka bergurau dan lari seperti pelesit jika nampak orang lalu lalang. - reuters.

Hari Berkhelah Geng Mulutlazer.com

Oleh Redzuwan
2 May 2009-Tawau-Hari bersejarah bagi geng-geng mulutlazer.com dimana geng-geng mayat hidup ni meraikan cuti hari bekerja di Taman Bukit Tawau dimana ada air terjun yang membuak-buak mcm pelesit. Ramai manusia-manusia termasuk binatang yang boleh dilihat mandi di air terjun atau air sungai itu.


Di sana geng-geng kami membuat barbeque mcm ongputih disamping melihat-lihat sekumpulan manusia bermain air (macam tak pernah mandi sejak jadi orang). Best makan ayam panggang selepas hujan yang turun macam lembu kencing itu.Disamping itu kepuasan yang diperolehi di sana dapat menenangkan fikiran geng-geng mulutlazer.com disamping mencari maklumat-maklumat terkini untuk dipersembahkan dalam blog mcm sampah ini. Apapun diharap para pengunjung terhibur apabila melawat blog ini, disamping mendapat input-input yang Hot gitu...... peace :-)