Friday, July 17, 2009

PERKHEMAHAN AGUNG SMK BALUNG

Tahun 2009 adalah tahun indah di mana aktiviti perkhemahan agung yang menghimpunkan unit-unit beruniform sekolah telah diadakan dengan jayanya tanpa sebarang kompromi atau hujan asid.....

Pelbagai aktiviti antara pasukan beruniform diadakan termasuk lari berhalangan, buat gajet, kawad dan banyak lagi... pertandingan laga ayam dan lumba kura-kura tidak diadakan kali ini disebabkan ayam dan kura-kura mahal harganya sekarang kalau nak beli.

pelbagai jenis khemah dapat disaksikan di padang sekolah tapak program, antaranya khemah warna kuning dan lain-lain kecuali khemah mayat sebab tiada yang mati time tu.


Cikgu-cikgu yang manis dapat dilihat begitu serius melihat tanah-tanah padang yang dipijak oleh pelajar.


Sesi penggambaran diadakan pada akhir program.


HIDUP MALAYSIA!!!!!!!!