Thursday, November 19, 2009

JOM!!! Kenduri


Pada tanggal 30 November 2009, salah seorang dari penulis blog ini iaitu Redzuwan akan di ijabkabulkan bersama pasangannya iaitu Siti di sebuah masjid bertempat di Daerah Kubang pasu, Kedah. Setelah 2 tahun bercinta, akhirnya pasangan ini akan sah sebagai suami isteri. Majlis kenduri akan diadakan selama 2 hari iaitu hari pertama bertempat di changloon, kedah pd 30 November 2009, manakala hari kedua pd 1 Disember 2009 bertempat di kg pmtg bongor, Perlis.

Bagaimana pasangan ini bertemu? sebenarnya Redzuwan mula berjumpa siti buat pertama kalinya di sebuah institut perguruan di negeri Perlis. Dengan berbekalkan semangat yg mendalam, Redzuwan mula mendekati Siti dan seterusnya melahirkan rasa cinta yg dimiliki. Dengan kedua2nya mempunyai keyakinan dlm hubungan yg dibina, maka redzuwan melahirkan hasrat yg lebih serius iaitu untuk mengahwini siti.

Siti yg memiliki keyakinan yg tinggi seterusnya membawa redzuwan bertemu kedua ibu bapanya. Dengan hasrat yg menggunung, redzuwan berjumpa ibubapa siti seterusnya menyampaikan hasrat yg terpendam.. "Jodoh kalu baik akan dipermudahkan" merupakan satu ungkapan yg setiasa diingati redzuwan apabila ingin memiliki seseorang sbg teman hidup.. Jd sememangnye, tidak ada perkara yg meberati atau menyusahkan pabila ingin mengahwini siti... Alhamdulillah ..... apapun selamat pengantin baru... hehe (",)