Thursday, April 30, 2009

Hantu in Tawau



Rabu-30 April, Gempar penemuan seekor hantu di bilik gerakan sebuah sekolah menengah di Tawau, Sabah , menjadi bualan hangat di kalangan pelajar, guru , kerani dan penjual-penjual nasi kuning di Flat Taman Seri Balung. Dikatakan hantu yang mendapat jolokan pochong atau nama saintifiknya 'Hantu al Bungkus" merayap-rayap di bilik gerakan sekolah tersebut. Seorang guru yang dikenali dengan panggilan manjanya iaitu Redzuwan Bin hashim telah mengakui bertemu dan berbual dengan hantu tersebut. Hantu itu dikenalpasti ingin mencari tali pengikat kakinya yang hilang berdekatan bilik gerakan tersebut.

Redzuwan telah membeli tali pengikat kaki yang baru di Toko Sentosa kepada hantu tersebut setelah tali pengikat kai lamanya gagal dijumpai. Kejadian tersebut telah memberi contoh yang besar bahawa alam manusia dan alam ghaib perlu bekerjasama dalam semua segi dalam memakmurkan negara Malaysia yang tercinta ini. One Malaysia untuk semua- reuters

No comments:

Post a Comment