Friday, May 1, 2009

Adakah Kucing bakal pemimpin negara?


oleh Redzuwan


Dalam kesibukkan seluruh dunia menghadapi krisis ekonomi yang teruk, hanya ada satu makhluk yang tidak terasa mengenainya. Walau manusia yang lain sanggup merusuh kerana nak tukar kerajaan atau merusuh kerana tiada kerja dan sebagainya, makhluk ini nampak relaks dan tenang dan sanggup makan apa sahaja untuk melapit perutnya. Makhluk ini diberi nama kucing. Kucing mempunyai deria penangkap dan bau yang hebat yang menjadikannya lebih genius berbanding manusia. Dalam jangka waktu 20 tahun akan datang, dijangka kucing akan membiak dengan banyaknya di dunia dan kemungkinan mereka dapat membentuk majoriti dalam parlimen, seterusnya dapat membentuk kerajaaan baru. Diharapkan pemerintahan kucing, dapat meredakan pemikiran sempit manusia yang cenderung kepada merusuh dan bergaduh sesama sendiri. Fakta penulisan "The right inside brain' yang ditulis Dr R telah menyatakan bahawa otak yang dimiliki kucing mempunyai daya berfikir yang lebih mamtap dan relaks berbanding manusia yang sangat sensatif dan kritikal.

Oleh itu mungkin kucinglah pemerintah agung yang diharapkan untuk menjaga kestabilan dunia pada masa akan datang. Sekarang mereka baru melalui revolusi pemerintahan manusia yang lebih bersifat auto-veskular.

No comments:

Post a Comment