Wednesday, May 6, 2009

Nak Hilang Stress



oleh Redzuwan

Umumnya di negara kita, ramai orang yang suka stress tak tentu pasal, mungkin akibat daripada kucing yang dipelihara berak dalam umah, anak terkencing masuk dalam mulut anda atau mungkin akibat nenek anda yang tua kerepot itu gatal nak kahwin lagi. Akibat daripada stress yang tentu pasal, anda yang sanggup minum kopi sampai 3 cawan dan ada jugak yang sanggup duduk di jamban tengok tahi sendiri sampai berjam jam. Menurut Dr R, stress boleh dikenalpasti tanda-tanda kedatangannya sekiranya, mata anda sentiasa nampak lubang kubur je atau kaki anda terasa macam nak tunjal jer cicak-cicak yang sedang bersandiwara di rumah anda. Jangan biarkan diri anda stress tak tentu pasal, buruk padahnya.
Mengikut teori Dr R, hanya ada dua cara untuk menangani stress dalam jiwa anda, yang pertama anda disuruh mencari pelesit (bentuk jelmaan belalang kunyit) atau hantu raya untuk berdamping dengan diri anda, dan yang kedua, anda digalakkan membuat mimik muka yang pelbagai apabila berjumpa dengan lembu atau cacing - reuters.




No comments:

Post a Comment