Sunday, May 3, 2009

Rawat Pinggang Pakai Kangkung?

Oleh Dukun Mulutlazer Aminah


Sejumlah manusia atau binatang, mengalami sakit pinggang yang amat sangat, mungkin disebabkan selalu mencakung apabila membasuh baju atau menonton TV sambil mencakung. Ayam pun ada yang mengalami sakit pinggang yang menyebabkan ia berak kapur je setiap hari. Tapi adakah anda tahu ada sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang yang menyebabkan anda ingin berjoget jer setiap malam? Jawapannya ada!


Kangkung merupakan sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang. Disamping anda menggunakan kangkung untuk diberi pada arnab atau untuk digoreng bersama belacan sebagai santapan malam anda dan nenek anda yang tiga suku itu, ia merupakan sejenis bahan perubatan tradisional yang senang dicari dan boleh juga dibeli dari pak mat hidung kerbau, alah yang jual sayur dan ikan kat pasar tu. Kadang-kadang ada jugak pokok kangkung yang tumbuh meliar di belakang jamban anda di kampung. So, jeling-jelinglah mata anda yang liar seperti pelesit itu ke belakang jamban anda ye.
Cara merawat sakit pinggang menggunakan kangkung senang je, anda jadikan kangkung sebagai tali pinggang anda sewaktu tidur atau sewaktu pergi kerja. Kangkung jugak boleh diikat seperti Rambo di kepala untuk mengelakkan pening, akibat terlalu sibuk menjaga tepi kain orang. Apapun, sekiranya sakit pinggang anda berlarutan hingga mata anda nampak lubang kubur je, dapatkan rawatan doktor di hospital atau cari saja tok imam untuk baca yassin jer dekat anda.

No comments:

Post a Comment