Friday, May 1, 2009

Anda Suka Marah?



oleh Redzuwan

Tabiat marah dikalangan manusia dan haiwan atau sebarang makhluk di muka bumi ini merupakan satu pekara yang biasa. Tetapi, adakah anda mahu sifat marah ini sentiasa wujud dalam diri anda yang selekeh itu. Marah yang terlampau boleh merosakkan hati anda. Naskah ilmiah yang bertajuk "Angry at Night" tulisan Dr R telah menyatakan bahawa marah yang terlampau akan menyebabkan hati dan hempedu menjadi busuk. Sedangkan hempedu ayam yang pecah sewaktu anda mensiang dagingnya, akan menyebabkan masakan ayam anda rasa macam tahi, inikan pulak hempedu manusia yang busuk. Janganlah anda membiarkan sifat amarah anda membuak-buak macam air merebus ubi kayu akibat kerja yang anda lalaikan atau hampehkan. Atau anda marah kepada seseorang yang memang mendatangkan marah. Sudah lah! Anggap saja orang yang mendatangkan marah anda itu sampah dan tahi kucing. Anda tahu ia busuk jadi basuhlah ia elok-elok, kerana bila dah cuci akan wangilah ia.
Mengikut teori Dr R, marah boleh dihindarkan dengan melakukan beberapa pekara seperti berbual-bual hal masakan, mencuci periuk di dapur, makan buah durian banyak-banyak dan tidur selama 2jam di toilet yang ada gambar kucing. Kesemua kaedah itu dibuktikan apabila Dr R sendiri menguji dirinya untuk tidur di toilet selama 2jam akibat marah akan anak saudaranya yang berak di tepi pasu bunga.


Oleh itu, mainkanlah senyuman yang sinis selalu kerana senyuman yang sinis itu ibarat orang utan yang telah puas menjamah pohon pisang Pak mat tiga suku. Senyuman yang manis membawa kebahagiaan kepada seseorang walau dalam apa keadaan sekali pun. - reuters

No comments:

Post a Comment