Saturday, May 2, 2009

Nak Kenal syaitan?

Oleh Redzuwan


Anda nak mengenali syaitan? Apa itu syaitan? Adakah ia seperti penjual kuih karipap yang terlupa masuk garam dalam intinya atau syaitan ialah lembu yang suka berak di merata tempat tanpa segan silu. Tak mungkin! Menurut Dr R, syaitan dikategorikan sebagai perangai macam pelesit sesuatu makhluk tak kiralah ia perangai manusia, jin atau sekawan lembu yang saling mengenyit mata antara satu sama lain.

Perangai syaitan adalah perangai yang tak guna seposen pun. Menurut Dr R, kalau dia melihat kucing yang berperangai syaitan, kalau boleh nak ditunjal-tunjalnya sampai keluar tahi. Menurut Penulisan ilmiah pulak yang bertajuk "Satan in Toilet" yang ditulis Dr R, perangai yang bersifat syaitan ini memang mendatangkan mudarat seperti memasak maggie di dalam baldi. Sedangkan diketahui bahawa baldi itu tempat menyimpan pakaian-pakaian yang tidak berbasuh seperti spender, boleh lagi ia dijadikan tempat menyimpan makanan sesedap maggie kari cap nenek hilang gigi. Selepas itu diajak pulak nenek, paksu dan mat bangla makan sekali. Adakah patut! Oleh itu perangai yang tidak guna ini sepatutnya tidak wujud dikalangan manusia yang dikatakan bertamadun, yang sentiasa memakai seluar dalam walau di mana mereka pergi, tidak seperti lembu yang suka berbogel tanpa usul periksa.Menurut Dr R, beberapa kaedah untuk menghilangkan syaitan di dunia ini. Yang pertama, jika anda melihat mat dadah yang baring-baring seperti berkhelah di tepi air terjun, anda patut menjentik sahaja telinganya. Yang kedua, sentiasa mengambil udara segar di waktu petang berdekatan longgokkan sampah sarap yang penuh lalat-lalat hijau atau lalat tahi, dan yang terakhir sekali jadilah seperti monyet yang suka bergurau dan lari seperti pelesit jika nampak orang lalu lalang. - reuters.

No comments:

Post a Comment