Friday, May 8, 2009

Anda Suka Menangis?

oleh Redzuwan

Setiap manusia atau pokok keladi di dunia ini akan menangis bila sesuatu pekara berlaku ke atas mereka. Apakah pekara yang menyebabkan anda menangis??? adakah kerana nenek anda terlupa tutup pintu jamban sewaktu dia berak atau disebabkan lembu yang anda jumpa memekit nama anda..... leha! leha! zaleha! tak mungkin. Menurut teori Dr R, nangis di istilahkan sebagai air yang terpancut dari biji mata anda yang mcm ikan itu. Orang boleh menangis jika nenek mereka mati terkejut depan TV sewaktu menonton rancangan memasak atau orang itu akan menangis jugak, sekiranya nenek yang telah ditanam di kubur bangun, dan mengeluarkan suara HAI!!!!. Mustahilkan?

Berdasarkan penulisan buku yang berjudul 'Satan in Toilet' yang ditulis oleh Dr R, tangisan boleh dihasilkan sekiranya manusia rasa sedih atau takut. Sedih tak dapat tengok citer hindi di rumah kak leha atau takut disebabkan pelesit melolong minta RM1 dari anda.

Bagaimana anda nak menghilangkan rasa sedih anda? Menurut pandangan Dr R, sekiranya anda rasa nak menangis, anda dimintak mencari hantu raya mintak nombor ekor dari mereka atau mencari manusia-manusia bersifat pelesit seperti gambar yang diberikan- reuters

No comments:

Post a Comment