Sunday, May 3, 2009

Merusuh Macam Lembu


Oleh Redzuwan


Saban hari dilihat perbuatan merusuh dikalangan masyarakat dunia, dijadikan satu perbuatan lembu bersifat pelesit untuk memporak perandakan sesebuah Negara. Tidak kira lah, mungkin kes anak berak di rumah jiran ke atau kes pembuangan kucing yang bersifat syaitan ke restoran mamak. Akibat pekara-pekara ini, manusia atau makhluk yang bertamadun, yang dikatakan sentiasa memakai spender walau dimana mereka pergi, sanggup merusuh demi kepentingan diri,nenek dan suku sakat mereka yang tak guna seposen itu.

Tapi adakah anda tahu perbuatan merusuh itu seperti kawanan lembu yang bertempiaran lari akibat nampak pelesit. Habis pokok dan nenek yang sedang mandi sungai ditanduknya. Sedangkan nenek yang mandi bogel dekat sungai itu tidak bersalah dan akhirnya jadi bangkai saja nenek tua yang kering itu. Tidakkah anda kesian? Hanya syaitan je yang tak kesian.
Sebenarnya setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik. Menurut pandangan Dr R dalam bukunya yang bertajuk “Satan in Toilet”, merusuh adalah satu pendekatan yang terakhir apabila nenek dan anak-anak kita dah jadi bangkai akibat perbuatan seseorang. Oleh itu, jika Tauke Kedai mamak meletak lipas dalam capati kita, apa yang perlu anda buat ialah jumpa dia dan bersembanglah macam lembu dan kerbau. Kalau tauke mamak taknak ganti capati baru, anda beri notis 24jam dekat dia , akhirnya pasti tauke mamak yang hina itu akan bagi capati baru. Tidak perlulah mengajak jiran dan nenek yang tunggu masa untuk mampus itu untuk merusuh kerana sekeping capati mamak tersebut. Silap-silap, kerana merusuh, penjual karipap tepi jalan pun mati kering kerana karipap tak laku dan akhirnya binatang pulak yang terpaksa mengawal negara kerana manusia tak pandai urus.

No comments:

Post a Comment