Di sini, Dr R telah catatkan beberapa persediaan sebelum korang yang mcm pelesit tu menghadapi hari tua anda yang mungkin tak guna tu.
1) Bila bekerja biarlah di mana pun asalkan dapat duit yang halal, susah sangat ko mintak je sedekah lebih baik dari mencuri
2) bila bekerja biar lah bersungguh walau tanggung pisang di kepala anda
3) bila kerja jangan menggatal atau mengada-ngada
4) bila kerja jangan lupa ingat keluarga anda
5) bila kerja jangan lupa ingat mati


6) bila kat kubur jangan ganggu orang lain hehehe.....
















selamat hari guru........... :-)
Sekarang dunia telah dilanda dengan penyakit H1N1 iaitu sindrom selsema yang berasal dari binatang haram keturunan babi. Mengapa babi itu haram? itu lah puncanya... kebanyakan penyakit kronik datang dari unsur babi. Tetapi masih ramai lagi manusia yg mempertahankan babi sebagai sumber ekonomi dan makanan yang lazat. Ada manusia yg menjadikan babi sbg binatang belaan spt kucing jugak. Penyakit selsema babi ini boleh menyebabkan selsema yang berpanjangan yang boleh menyebabkan sesak nafas, hingga membuatkan manusia nampak lubang kubur je.
Banyak lagi penyakit kronik yang berasal dari babi, iaitu penyakit chikukunya yang jugak boleh mendatang mampus yang mengejut. Masih lagi manusia2 yang berkuturunan jahanam ini, mengatakan babi itu bagus. Apa nak jadi dengan dunia ini? babi hanya sesuai di hutan sebagai teman iblis dan setan, bukan untuk dibela dan dijual dagingnya secara banyak. Jika beratus ekor dalam kandang, mestilah banyak pakai bahan untuk jagaan dia, seterusnya campur2 bahan hasil lah pulak penyakit mampus ni. Menurut pandangan Dr R, babi hanya sesuai di hutan, bukan dibuat kawan atau dibela hingga beratus ekor. - reuters

Berdasarkan penulisan buku yang berjudul 'Satan in Toilet' yang ditulis oleh Dr R, tangisan boleh dihasilkan sekiranya manusia rasa sedih atau takut. Sedih tak dapat tengok citer hindi di rumah kak leha atau takut disebabkan pelesit melolong minta RM1 dari anda.

Umumnya di negara kita, ramai orang yang suka stress tak tentu pasal, mungkin akibat daripada kucing yang dipelihara berak dalam umah, anak terkencing masuk dalam mulut anda atau mungkin akibat nenek anda yang tua kerepot itu gatal nak kahwin lagi. Akibat daripada stress yang tentu pasal, anda yang sanggup minum kopi sampai 3 cawan dan ada jugak yang sanggup duduk di jamban tengok tahi sendiri sampai berjam jam. Menurut Dr R, stress boleh dikenalpasti tanda-tanda kedatangannya sekiranya, mata anda sentiasa nampak lubang kubur je atau kaki anda terasa macam nak tunjal jer cicak-cicak yang sedang bersandiwara di rumah anda. Jangan biarkan diri anda stress tak tentu pasal, buruk padahnya.
Mengikut teori Dr R, hanya ada dua cara untuk menangani stress dalam jiwa anda, yang pertama anda disuruh mencari pelesit (bentuk jelmaan belalang kunyit) atau hantu raya untuk berdamping dengan diri anda, dan yang kedua, anda digalakkan membuat mimik muka yang pelbagai apabila berjumpa dengan lembu atau cacing - reuters.



Sejumlah manusia atau binatang, mengalami sakit pinggang yang amat sangat, mungkin disebabkan selalu mencakung apabila membasuh baju atau menonton TV sambil mencakung. Ayam pun ada yang mengalami sakit pinggang yang menyebabkan ia berak kapur je setiap hari. Tapi adakah anda tahu ada sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang yang menyebabkan anda ingin berjoget jer setiap malam? Jawapannya ada!
Kangkung merupakan sejenis tumbuhan yang boleh merawat sakit pinggang. Disamping anda menggunakan kangkung untuk diberi pada arnab atau untuk digoreng bersama belacan sebagai santapan malam anda dan nenek anda yang tiga suku itu, ia merupakan sejenis bahan perubatan tradisional yang senang dicari dan boleh juga dibeli dari pak mat hidung kerbau, alah yang jual sayur dan ikan kat pasar tu. Kadang-kadang ada jugak pokok kangkung yang tumbuh meliar di belakang jamban anda di kampung. So, jeling-jelinglah mata anda yang liar seperti pelesit itu ke belakang jamban anda ye.
Cara merawat sakit pinggang menggunakan kangkung senang je, anda jadikan kangkung sebagai tali pinggang anda sewaktu tidur atau sewaktu pergi kerja. Kangkung jugak boleh diikat seperti Rambo di kepala untuk mengelakkan pening, akibat terlalu sibuk menjaga tepi kain orang. Apapun, sekiranya sakit pinggang anda berlarutan hingga mata anda nampak lubang kubur je, dapatkan rawatan doktor di hospital atau cari saja tok imam untuk baca yassin jer dekat anda.

Tapi adakah anda tahu perbuatan merusuh itu seperti kawanan lembu yang bertempiaran lari akibat nampak pelesit. Habis pokok dan nenek yang sedang mandi sungai ditanduknya. Sedangkan nenek yang mandi bogel dekat sungai itu tidak bersalah dan akhirnya jadi bangkai saja nenek tua yang kering itu. Tidakkah anda kesian? Hanya syaitan je yang tak kesian.
Sebenarnya setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang baik. Menurut pandangan Dr R dalam bukunya yang bertajuk “Satan in Toilet”, merusuh adalah satu pendekatan yang terakhir apabila nenek dan anak-anak kita dah jadi bangkai akibat perbuatan seseorang. Oleh itu, jika Tauke Kedai mamak meletak lipas dalam capati kita, apa yang perlu anda buat ialah jumpa dia dan bersembanglah macam lembu dan kerbau. Kalau tauke mamak taknak ganti capati baru, anda beri notis 24jam dekat dia , akhirnya pasti tauke mamak yang hina itu akan bagi capati baru. Tidak perlulah mengajak jiran dan nenek yang tunggu masa untuk mampus itu untuk merusuh kerana sekeping capati mamak tersebut. Silap-silap, kerana merusuh, penjual karipap tepi jalan pun mati kering kerana karipap tak laku dan akhirnya binatang pulak yang terpaksa mengawal negara kerana manusia tak pandai urus. 
Perangai syaitan adalah perangai yang tak guna seposen pun. Menurut Dr R, kalau dia melihat kucing yang berperangai syaitan, kalau boleh nak ditunjal-tunjalnya sampai keluar tahi. Menurut Penulisan ilmiah pulak yang bertajuk "Satan in Toilet" yang ditulis Dr R, perangai yang bersifat syaitan ini memang mendatangkan mudarat seperti memasak maggie di dalam baldi. Sedangkan diketahui bahawa baldi itu tempat menyimpan pakaian-pakaian yang tidak berbasuh seperti spender, boleh lagi ia dijadikan tempat menyimpan makanan sesedap maggie kari cap nenek hilang gigi. Selepas itu diajak pulak nenek, paksu dan mat bangla makan sekali. Adakah patut! Oleh itu perangai yang tidak guna ini sepatutnya tidak wujud dikalangan manusia yang dikatakan bertamadun, yang sentiasa memakai seluar dalam walau di mana mereka pergi, tidak seperti lembu yang suka berbogel tanpa usul periksa.
Menurut Dr R, beberapa kaedah untuk menghilangkan syaitan di dunia ini. Yang pertama, jika anda melihat mat dadah yang baring-baring seperti berkhelah di tepi air terjun, anda patut menjentik sahaja telinganya. Yang kedua, sentiasa mengambil udara segar di waktu petang berdekatan longgokkan sampah sarap yang penuh lalat-lalat hijau atau lalat tahi, dan yang terakhir sekali jadilah seperti monyet yang suka bergurau dan lari seperti pelesit jika nampak orang lalu lalang. - reuters. 


Di sana geng-geng kami membuat barbeque mcm ongputih disamping melihat-lihat sekumpulan manusia bermain air (macam tak pernah mandi sejak jadi orang). Best makan ayam panggang selepas hujan yang turun macam lembu kencing itu.
Disamping itu kepuasan yang diperolehi di sana dapat menenangkan fikiran geng-geng mulutlazer.com disamping mencari maklumat-maklumat terkini untuk dipersembahkan dalam blog mcm sampah ini. Apapun diharap para pengunjung terhibur apabila melawat blog ini, disamping mendapat input-input yang Hot gitu...... peace :-)


